Tip memilih kolagen

April 05, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Info kali ini berkenaan dengan kolagen. Tentunya ramai yang sudah mengetahui apa itu kolagen. Tetapi saya tetap hendak terangkan juga. Hihihihihi...

Kolagen merupakan bahan utama dalam otot, kulit, tulang, tendon dan pelbagai tisu di dalam badan. Hampir 70% kolagen terbentuk di bawah lapisan dermis. Kolagen berfungsi membantu pertumbuhan sel kulit baru dan mengekalkan kelembutan kulit. Manakala di dalam sendi rawan pula kolagen berfungsi sebagai kusyen akibat bebanan daripada pinggul, sendi dan lutut.

Penghasilan kolagen berkurangan apabila usia mencecah 26 tahun dengan pengurangan 5% setiap tahun. Pengurangan kolagen semakin ketara dengan pengamalan diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.

Disini saya sertakan tip memilih kolagen:

1. Kolagen adalah sejenis protein yang mempunyai struktur besar dan tidak boleh diserap begitu sahaja. Kolagen biasa yang diambil melalui oral akan diuraikan kepada molekul aaid amino untuk membentuk struktur kolagen dalam darah. Justeru, penting untuk memilih kolagen yang mempunyai struktur yang halus.

2. Terdapat lebih 20 jenis kolagen yang terbentuk di dalam badan. Kolagen untuk kulit, sendi, tulang dan organ dalaman. Kolagen dari sumber lembu hanya memberi kebaikan untuk sendi dan bukan untuk kecantikan. Sumber kolagen dari sumber marin membantu menjaga kecantikan dan kesihatan dalaman.

3. Ada dua sumber utama kolagen iaitu Bovine derived collagen dan Marine derived collagen. Kolagen yang dihasilkan daripada sumber marin (sumber laut dalam) adalah 60% lebih asli daripada Bovine kolagen (lembu).

4. Rata-rata saiz kolagen dipasaran adalah diantara 2000 hinggan 5000 dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dengan penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih cepat. Namun penghasilan saiz kolagen yang kecil adalah lebih mahal dan secara tidak langsung menyebabkan kolagen yang mempunyai saiz yang kecil berharga agak mahal.

5. Pastikan setiap kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukkan asid hyaluronic kerana fungsinya adalah untuk mengikat kolagen dengan serat elastin.

6. Kolagen yang ada dipasaran sekarang kebanyakannya mengandungi kolagen untuk sendi dan meremajakan kulit. Pastikan ianya diadun bersama marin kolagen bagi mendapatkan kolagen yang berkualiti.

7. Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengurangkan proses penuaan dan mengawal kulit dari sinaran uv.

8. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan dari disuntik untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan kedalam tubuh badan.

9. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

10. Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga. Dengan adanya kandungan glucosamine, kunci utama untuk mendapatkan sendi yang sihat.

11. Badan manusia memerlukan empat hingga lima gram setiap hari bagi membekalkan bahan bina yang mencukupi untuk kegunaan badan. Jumlah pengambilan yang betul dapat memastikan kolagen yang diambil benar-benar berkesan.

Inilah tip yang saya ceritakan tadi(sumber dari majalah rapi). Jika berminat, jangan malu-malu tegur saya.

You Might Also Like

0 ulasan