Ahad, 31 Mei 2015

Kepentingan Ascorbik Asid di dalam tubuh badan selain daripada memelihara kesihatan gigi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap cuti ahad ini, anda semua diberi keberkatan dan kesejahteraan di dalam aktiviti yang dilakukan bersama keluarga anda. Hari ini, saya tidak memasak. Kami semua makan di luar. Hahahahahah..... Segankan.... Bukan selalu pun dapat makan di luar bersama emak, abah, ainul, akid dan adik ipar. Cuaca pun redup sahaja seolah-olah memberi peluang kepada kami untuk mengambil angin di luar. Hujan juga di sini, renyai-renyai sahaja. Rasa seronok pula bila mood menulis datang dengan tiba-tiba. Bukan senang mencari idea, namun jika kita berkehendak, kita harus berusaha ke arahnya. Barulah dapat hasil yang memuaskan.

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis mengenai Ascorbik asid. Anda tahu apa itu Ascorbik asid? Sepertimana yang kita ketahui, Ascorbik Asid banyak di dalam buah-buahan sitrus.Ascorbik asid atau lebih dikenali sebagai vitamin C adalah vitamin larut air.Ianya mudah dibuang melalui air kencing dan peluh. Oleh itu, pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah. Ascorbik asid tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting. Ascorbik asid adalah sangat tidak stabil. Oleh itu, ia mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya.
 

Ascorbik asid terdapat daripada sumber semulajadi iaitu dari makanan atau pun dari sintesis iaitu L-Ascorbik asid. Kedua-duanya adalah sama secara kimianya dari segi fungsi di dalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan. Keperluan minima yang disyorkan seperti yang digariskan oleh USRDA (United State Recommended Daily Allowence) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan ascorbik asid dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, mari kita kaji tentang sejarah Ascorbik asid. Pada tahun 1747, Dr James Lind seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya 'The Treatise of the scurvy' pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak dipedulikan sehinggalah beliau meninggal dunia. Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka digelar ' limey'. Mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman yang berat. Dalam dua dekad yang terkini fungsi ascorbik asid sebagai antioksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan ascorbik asid antioksidan.

Sekarang mari kita lihat, apa fungsi ascorbik asid di dalam tubuh kita:

- Diperlukan di dalam penghasilan kolagen semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligamen, tulang, gigi, rambut dan kulit.

- Penguat sistem imuniti tubuh. Ascorbik asid menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.

- Penting di dalam penghasilan bahan neurotransmitter dan hormon norepinephrine, di mana bahan-bahan ini amat kritikal di dalam fungsi otak dan saraf manusia.

-Sebagai bahan antioksidan di dalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakkan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tingi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra unggu, dari matahari dan sebagainya.

- Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan ascorbik asid akan menyebabkan pengeluaran asid. Ini akan menyebabkan pertambahan kandungan kolestrol. Pengurangan ascorbik asid juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan ascorbik asid dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolestrol akan melekat dan menyekat saluran darah.
 

- Pengurangan stress. Ascorbik asid adalah penting dalam pengeluaran hormon kortikosteroid, adrenalin dan noradrenalin. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada ascorbik asid akan meningkat. Dalam hal ini, pengambilan bersama vitamin B compleks adalah penting.

-Sebagai coenzim didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan hydroxylysine sebagai struktur asas untu pembinaan kolagen.

- Sebagai agen mengurangkan kesakitan.

- Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).

- Membantu dalam metabolisme kolestrol di dalam badan untuk membentuk asid hempedu oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah dan mencegah batu karang di dalam pundi hempedu.

Sekarang kita lihat jenis-jenis ascorbik asid yang ada di pasaran. Terdapat empat jenis iaitu:

1. Sumber makanan semulajadi (buah-buahan sitrus)
 
Ascorbik asid dalam bentuk semulajadi boleh diperolehi daripada buah-buahan seperti limau, oren, lemon, jambu batu, nanas, kiwi, strawberry, cerry dan tembikai. Manakala sayur-sayuran pula ialah kobis, bunga kobis, seleri, pasley, asparagus, tomato,bayam.


2. Dalam bentuk oral (tablet)
 

120mg hingga 250mg sehari jika dalam bentuk tablet. Dos sehingga 1000mg adalah selamat tetapi tidak dicadangkan pengambilan setiap hari.


3. Dalam bentuk injektion (disuntik)
 


Keperluan ascorbik asid dalam bentuk ini penting bagi:
- Antiviral terapi
- Penyakit akut atau kronik
- Orang-orang yang sudah tua dan penyerapan ascorbik asid melalui oral tidak berkesan.
- Pesakit yang menghadapi inflamasi.
- Dos yang diberikan adalah 15-30gm tertakluk kepada masalah kesihatan.


4. Krim (disapu)
 

Ada beberapa kategori manusia yang mempunyai kandungan ascorbik asid yang lebih rendah di dalam badan mereka. Mereka ialah:

1. Perokok. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg ascorbik asid di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan ascorbik asid yang ada.
 

2. Pesakit kencing manis. Pesakit ini banyak kehilangan ascorbik asid melalui kencing. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil ascorbik asid pun masih lagi mengalami kandungan ascorbik asid yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan ascorbik asid. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan kolagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan radikal bebas menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti katarak, atherosclerosis, kerosakkan saraf dan kerosakkan buah pinggang. Pengambilan ascorbik asid dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.
 

3. Pesakit kanser.
 

4. Orang yang banyak minum minuman alkohol.
 

5.Pesakit Reumatoid Arthritis.
 

6. Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B compleks dan ascorbik asid disebabkan aktiviti-aktiviti ini, disamping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh-jadi kehilangan ascorbik asid) dan lain-lain.
 

7. Pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dan sebagainya.
 

8. Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan antibiotik.


9. Pesakit yang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Kita telah pelajari tentang kepentingan ascorbik asid atau dengan nama lain vitamin c. Sekarang kita ambil tahu tentang kesan sampingan ascorbik asid pula. Sekurang-kurangnya, kita tahu dos yang sesuai untuk digunakan.

Diantara kesan sampingan ascorbik asid ialah:

- Diarrhoea (hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut)
 
- Muntah
 

- Kencing berdarah

- Batu karang
 

- Alergi
 
- Loya

- Mengalami sakit yang terlampau ketika kencing

- Sakit dan pedih di tempat suntikan jika suntikan tidak dalam saluran darah.
 

Banyak juga info-info yang telah pun diperolehi mengenai ascorbik asid. Walaupun ada kebaikkan namun jangan dipandang enteng dengan kesan sampingannya. Seharusnya kita harus mendapatkan nasihat daripada yang pakar sebelum mengambil sebarang vitamin. Pastikan juga vitamin C atau ascorbik asid yang anda ambil adalah daripada kandungan semulajadi. Itulah yang terbaik untuk kehidupan kita.

Vita-C adalah ascorbik asid kelauran Shaklee yang mengunakan 100% bahan semulajadi. Jika anda berminat untu mengetahui mengenainya lebih lanjut, anda boleh hubungi saya di 010-9690399 atau whatapps 01115367287.
 

Sampai di sini dahulu coretan saya. Insyaallah di lain masa saya akan update lagi info-info yang lain. Cuti sekolah telah tiba, jemputan kenduri kahwin pun telah diterima. Hari-hari ada je kenduri, tak boleh jadi ni, kena diet ni.... hihihihiihi....














Tiada ulasan: