Beberapa tip atau panduan dalam membersihkan wajah anda

Oktober 08, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali setelah beberapa hari tidak menulis. Gian jugak ni tapi disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksalah saya berhenti menulis buat sementara. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan kepada saya untuk menulis semula untuk tatapan anda semua. Semoga anda sihat hendaknya disamping keluarga tercinta.


Sebagaimana dengan tajuk di atas, membersihkan wajah dengan pembersih bukan sahaja boleh menanggalkan sisa kotoran pada wajah malahan mampu memelihara kecantikan. Dalam menggunakan pembersih wajah, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kesesuaian pembersih dengan struktur kulit sama ada normal, kering, berminyak atau kombinasi.






Bagaimana untuk anda mengenal pasti akan kesesuaian pembersih wajah dengan kulit anda? Persoalan dan jawapan berikut mungkin dapat membantu anda   :



Menggunakan sabun mandi

Kadar pH sabun mandi lebih tinggi berbanding sabun pembersih wajah. Menggunakan sabun mandi secara kerap untuk membersihkan wajah akan menyebabkan kelembapan kulit hilang terutamanya bagi kulit kering dan sensitif. Manakala, bagi anda yang memiliki kulit normal atau berminyak tidak mendatangkan masalah jika sesekali menggunakan sabun mandi untuk membersihkan wajah. namun, ia tidak digalakkan kerana kulit wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit badan.





Menggunakan air suam atau biasa

Tidak menjadi kesalahan sama ada anda menggunakan air suam atau biasa untuk membersihkan wajah. Sesetengah individu menganggap membersihkan wajah dengan air suam akan lebih menyegarkan kulit dan mampu menanggalkan minyak pada kulit. Namun, jangan terlalu kerap menggunakan air suam terutamanya air panas kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Bagi yang memiliki kulit sensitif dan kering, elakkan daripada menggunakan air suam untuk membersihkan wajah anda.






Menggunakan toner

Toner atau penyegar berfungsi untuk menanggalkan sisa kotoran yang tertinggal serta memberikan rasa segar pada kulit. Tetapi, jika anda telah membersihkan wajah dengan betul dan telah berasa kesegarannya, maka toner tidak diperlukan. Bagi yang memiliki kulit kering, pilih toner yang tidak mengandungi alkoholbagi mengelakkan kulit bertambah kering. Manakala, bagi kulit kombinasi antara normal dan berminyak, gunakan pembersih wajah untuk kulit normal dan kemudian, gunakan toner pada bahagian yang berminyak sahaja.






Pembersih untuk kulit berjerawat

Gunakan pembersih yang mengandungi bahan antijerawat. Jangan sesekali menggunakan scrub untuk membersihkan wajah berjerawat bagi mengelakkan berlaku iritasi pada kulit wajah. Jika kulit telah kembali bersih daripada jerawat barulah bertukar kepada pembersih biasa. Imbangi perawatankulit dengan pembersih yang sangat lembut bagi mengelakkan kulit mengelupas.






Pembersih wajah untuk leher

Pembersih wajah sememangnya sesuai digunakan untuk membersihkan leher dari kotoran. Ketika, membersihkan wajah, anda juga disarankan membersihkan leher bagi mengelakkan terjadi perbezaan warna kulit antara wajah dan leher anda. Begitu juga ketika anda menggunakan bedak pada wajah, sapukan juga pada leher.







Semoga tip di atas dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk pembersih wajah anda. Pastikan juga ianya serasi dan berpatutan. Kulit normal adalah yang paling mudah mencari pembersih wajah berbanding kulit kombinasi atau berminyak. Perlu berhati-hati di dalam penggunaan pembersih wajah. Seeloknya pilihlah yang organik. Itu lebih baik.

Saya ingin menerangkan satu produk yang sentiasa akan menjadi bualan orang ramai. Tidak kira la kebaikan ke keburukan ke atau apa-apa pun.






























p/s: Berminat? jangan tunggu lama-lama, nanti melepas pula. Sms atau call 016-5003075 atau email ke rosa.pasamana@gmail.com. Ramai yang sukakan pencucinya......

You Might Also Like

0 ulasan