Isnin, 13 Februari 2017

9 Cara semulajadi melancarkan haid yang terlambat dan bonus kulit cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga korang semua sihat dan gembira selalu.

Aktiviti korang cuti ni buat apa? Kak omei macam biasa la, kerja rumah duk menunggu dengan setianya. Heheheh... Bila dah settle kerja rumah dan anak-anak, barulah ada masa untuk diri sendiri.

Hari ni kak omei nak kongsikan tip dengan korang. Tips apa tu??

Cara melancarkan haid yang terlambat. Siapa ada masalah macam tu??? Dulu kak omei memang ada pun masalah macam tu. Cumanya walaupun dia lewat tetapi tetiap bulan haid tetap datang. Cuma tak regular je la. Ikut suka jer dia nak mai bila-bila pun. Heheeh

Sebelum kak omei kongsikan tips dengan korang, kak omei kupas dulu sikit mengenai punca yang menyebabkan haid datang lambat. Seperti mana yang kita tahu, antara punca-punca haid datang lewat adalah

1- Perubahan rutin

Daripada biasa kerja siang, tiba-tiba kena kerja malam pula. Bila dah ubah rutin harian, hormon pun mula la tak seimbang. Kadang-kadang tu, bila kena ubah tempat pun boleh jugak haid datang lewat.

2- Pengambilan ubat pencegahan kehamilan.

Terdapat pelbagai bentuk ubat pencegahan kehamilan. Ada dalam bentuk biji, suntikan dan tampalan. Pengambilan ubat pencegahan kehamilan turut mengganggu hormon. Gangguan hormon tersebut adakalanya menyebabkan haid datang lambat ataupun tak datang langsung.

3- Masalah kelenjar Tiroid

Sesetengah daripada mereka yang mengalami masalah kelenjar tiroid juga terganggu hormon dia. Menyebabkan haid datang lambat.

4- Masalah kesihatan

Apabila tubuh tidak sihat, haid pun akan terganggu. Dan menyebabkan haid datang lambat dari yang sepatutnya.

5- Berat badan yang berlebihan

Ini juga salah satu punca yang terbanyak mengapa haid datang lambat. Kadang kala setahun cuma 4 atau 5 kali sahaja datang haid.

6- Penurunan berat badan secara mendadak.

Ini juga boleh menyebabkan haid datang lambat.

7- Senaman berlebihan

Terlalu buat senaman yang agresif pun akan mengganggu kitar haid.

8- Emosi yang stres

Apabila kita berada di dalam situasi yang bertekanan, hormon pun akan mengalami perubahan drastik. Boleh juga menyebabkan haid datang lambat.

Bila jadi macam tu, mesti korang rasa susah hati kan? Rasa tak selesa dan macam-macam lagi la. Kak omei pun pernah juga tak datang haid, itupun sebab bersalin dan menyusu anak. Pernah juga haid lewat disebabkan suntikan ubat perancang. Memang seriau giler kot!!

Antara cara atau kaedah yang korang boleh buat panduan adalah seperti berikut:

1) Bijan

Bijan atau nama lain dia lenga membantu melancarkan haid. Tetapi, tidak digalakkan diambil secara berlebihan kerana akan menyebabkan suhu badan meningkat.

2) Salmon

Ikan salmon adalah antara makanan kategori protein. Ianyabkaya dengan protein dan vitamin D. Membantu menstabilkan hormon.

3) Telur rebus

Telur pula adalah sumber protein, kalsium dan vitamin. Membantu untuk melancarkan haid korang jugak tau.

4) Susu soya

Susu soya mengandungi sumber protein yang membantu melancarkan haid.

5) Yogurt

Yogurt merupakan produk tenusu yang kaya dengan kalsium dan protein. Membantu untuk melancarkan haid yang terlambat.

6) Almond

Sedap tau kacang ni. Makan dengan ais krim aduuhh... Tapikan, almond pun kategori protein jugak kan??? Almond ni ada protein dan serat. Banyak membantu menyeimbangkan hormon di dalam badan.

7) Asam jawa

Sedapnya dapat minum air asam jawa ni. Tak sangka pula membantu melancarkan haid yang terlambat. Dah tu kurang la sikit darah haid yang ketul-ketul tu. Patut la, dulu kak omei pernah juga ambil air asam jawa ni. Tapi tak tahu pula boleh membantu melancarkan haid.

8) Betik

Buah betik pun membantu melancarkan haid yang terlambat.

9) Omega 3

Omega 3 ni membantu melindungi saluran darah di dalam ovari daripada kerosakan akibat ketulan darah yang terlekat atau tersumbat. Omega 3 juga membantu melancarkan haid yang tersumbat.

Tapikan terdapat satu lagi cara yang mudah dan menjimatkan masa. Apa dia???

GLA Complex.

Apa pula tu?? Ok, meh sini kak omei terangkan.

GLA Complex ni adalah campuran daripada Minyak Borage, Minyak sunflower, Vitamin E, Blackcurrent dan EPO.

Kesimpulan dia adalah GLA Complex ni untuk membantu memperbetulkan hormon di dalam badan. Disamping itu, dapat jugak la bonus kulit muka makin cantik dan membantu meningkatkan kesuburan.

Best kan???

GLA Complex juga mengandungi shakleeguard untuk antioksida yang berkesan. Vitamin E pula membantu untuk penyerapan yang maksima.

Satu lagi yang kak omei nak kongsikan adalah, vivix pun membantu untuk melancarkan haid. Vivix ni banyak membantu untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan korang semua.

Vivix juga mengandungi polifenol antacianin iaitu merupakan :

- Antioksida yang kuat.

- Antibiotik yang semulajadi.

- Agen anti inflamatori yang kuat.

Berbaloi-baloi kan????


Jika ingin membeli secara online, klik gambar troli di bawah ini.



Whatapps : 016-5003075
FB            : Suliana Yusof Sulianayusof
FB PAGE : Multivitamin plus Multimineral
Instagram : sulianayusof

Sampai di sini dahulu perkongsian kak omei. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan