PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) Sukarkan Kehamilan Tanpa Mengira Usia

Jun 19, 2017

Assalamualaikum dan salam 24 Ramadhan. PCOS, apa tu? Macam pelik jer kan? Korang pernah dengar atau lihat di mana-mana tak? Bagi yang pernah mengalaminya, tentunya lebih arif la mengenai PCOS ni.

Akak omei juga mempunyai seorang kawan yang di diagnosis penyakit PCOS ni. Kawan akak omei ni buat rawatan di hospital kerajaan. Alhamdulillah berkat usaha dan ikhtiar serta tawakkal, member akak omei ni berjaya hamil tau. Alhamdulillah...

Suatu ketika dahulu, akak omei pun pernah juga berasa menghadapi penyakit PCOS ni. Ye la, kahwin dah bertahun tapi tak nampak apa lagi. Almaklum la mulut-mulut orang ni kan! Akak omei ni dulu mudah sentap dan mudah kecil hati. Huhuhuhu... Memang terasa giler la kalau orang tanya atau buka mulut tentang anak. Makan dalam kott..

Eh! Dah terlebih melalut pulak. Kali ni akak omei nak buka cerita mengenai PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) Sukarkan Kehamilan Tanpa Mengira Usia.

PCOS


PCOS ni ada nama lain tau. Nama lain dia adalah Stein-Levanthal Syndrome iaitu sejenis gangguan endokrin. PCOS ni selalunya disebabkan oleh berlakunya ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Ketidakseimbangan hormon ni seperti terdapatnya lebihan hormon lelaki dan insulin di dalam badan. Bagi wanita yang mengalami PCOS ni akan mendapati mereka mempunyai kekurangan hormon Progesteron iaitu hormon wanita.

Punca sebenar berlakunya PCOS ni tidak dapat ditentukan sejelasnya namun ada hubung kait dengan genetik.

Namun terdapat juga beberapa faktor lain yang memungkinkan berlakunya PCOS ni. Di antaranya adalah faktor pemakanan itu sendiri. Berkemungkinan ada mengambil banyak makanan yang banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan. Jadi, kurang-kurangkan lah ye..

Faktor tekanan perasaan atau stres pun boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon ni. Jadi kena belajar contol stres atau tekanan melalui pernafasan. Boleh rujuk disini dan disini jugak

Sekarang ni, jom kita kenali gejala-gejala penyakit PCOS ni.


GEJALA-GEJALA PCOS

1- Kitaran haid yang tidak teratur. Jika datang haid pun selalunya banyak dan berpanjangan.


2- Kegemukan atau Obesiti


3- Penyakit kencing manis


4- Kolesterol tinggi


5- Kemandulan


6- Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki iaitu, misai, janggut dan dibahagian dada.


7- Botak yang menyerupai lelaki


8- Jerawat yang teruk dan kronik


9- Ketidakselesaan perut pada tahap ringan sehingga pertengahan.


10- Keguguran berulang


11- Kulit menjadi lebih gelap


PCOS ni bukan didiagnosis secara semborono sahaja tau. Ada kriteria yang diperlukan juga. Kriteria yang diperlukan untuk pengesahan bahawa pesakit memang menghadapi penyakit PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri di bawah ini.


1- Kitaran haid yang tidak teratur.


2- Ujian Darah - diperlukan untuk mengukur tahap hormon didalam badan.


3- Imbasan Ultrasound - untuk menunjukkan Polycystic Ovarian


Apa pulak Polycystic Ovari ni? Polycystic ovari ni adalah cyst-cyst kecil yang terdapat di kilang ovari. Berkemungkinan terdapat 12 atau lebih. Biasanya berukuran 2 - 8 mm dibahagian tepi ovari. Untuk pesakit PCOS ni, lebih banyak cyst dihasilkan daripada kebiasaan pada setiap bulan. Kebiasaannya lebih kerap berlaku kepada wanita berketurunan asia.

Polycystic ovari ni pun ada nama lain jugak tau. Nama lain dia adalah string of pearls. Sedapkan nama tu.. Selalunya, cyst-cyst ni tidak membesar dan memerlukan pembedahan. Kalau korang nak tahu, hanya 6 ke 7% wanita yang mempunyai polycystic ovari sahaja yang menghidapi PCOS.

PCOS


Penyakit PCOS ni pun mempunyai risiko jangka panjang tau. Nak tahu apa dia risikonya? Meh baca disini...

RISIKO JANGKA PANJANG PESAKIT PCOS
1- 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya yang ada sejarah keluarga penghidap kencing manis.

2- Masalah kolesterol tinggi

3- Masalah darah tinggi

4- Masalah sakit jantung terutama sekiranya ada menghidapi masalah kencing manis dan darah tinggi.

5- Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

6- Masalah tidur

7- Penyakit kemurungan


Bagi yang menghadapi penyakit PCOS ni, korang jangan la bimbang tau. Ada jer rawatan yang boleh korang ikuti. Seperti contoh kisah kawan akak omei tu di permulaan tadi.

Di sini akak omei kongsikan dengan korang beberapa jenis rawatan yang bersesuaian yang mungkin akan diberikan oleh doktor. Nak tahu? Jom kita baca..


Rawatan Penyakit PCOS


1- Paling penting turunkan berat badan dahulu. Nak turunkan berat badan, kena la amalkan gaya hidup yang sihat. Ala seperti makan makanan sihat dengan senaman tu. Kalau dapat turun berat dalam 5-10% pun dah boleh membantu stabilkan kitaran haid tau.


2- Penggunaan pil perancang dan hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur.


3- Penggunaan ubat kencing manis seperti metformin untuk pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang lebih tinggi.


4- Penggunaan ubat fertiliti atau kesuburan untuk merangsang ovulasi seperti clomid, tamoxifen, gonadotrophin


5- Pembedahan ovarian drilling. Ini bukanlah rawatan utama. Hanya dilakukan jika pesakit PCOS resistant kepada ubat ransangan ovulasi. Ovarian drilling ni memusnahkan tisu-tisu pada ovari yang menghasilkan testosteron.

Banyak juga info yang akak omei kongsikan dengan korang kan? Jadi, yang penting sekali kena amalkan gaya hidup yang sihat. Jaga pemakanan kita, jaga emosi kita, jaga kesihatan kita.

Sampai disini dahulu celoteh akak omei. Ada masa akak omei menulis lagi yer...


Assalamualaikum semua...

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Sy pun didiagnosis pcos tp sikit kata doc. Skrg preggy kali ke 3 anak kedua. Gap dengan anak sulung 9 tahun. Tp ada juga kwn yg mengalami pcos ni anak dah 3. Rezeki semua pada Allah kan? Tq sharing info ni. Ilmu sgt berguna 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, itu semua kerja Allah. Semoga membantu sis dan mereka diluar sana. Teruskan berusaha...

      Padam
  2. Terima kasih sharing info ni. saya tak pernah tahu dan ambil tahu. tq sgt2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama sis. Saya pun dah lama jugak mencari info tentang PCOS ni..

      Padam