Kisah Raya Paling Best Akak Omei Di Tahun 2017

Julai 03, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisah korang raya tahun ni best tak? Cer citer kat akak, seronok jugak nak tahu kan? Akak omei pun ada jugak kisah raya yang hendak dikongsikan dengan korang semua. Walaupun tema tak berapa nak sedondon, namun kemeriahan aidilfitri tetap terasa tau.

Korang tema kaler apa tahun ni? Menu apa yang korang sajikan? Berapa duit raya korang berikan kepada yang datang beraya? Banyak pulak soalan akak omei kan???

Kisah raya akak omei dimulakan pada malam hari raya tau. Malam tu memang meriah la dengan dentuman mercun di sana sini. Yang mercun merdekanya, mercun pop la, bunga api la dan macam-macam lagi la. Yang pasang pelita keliling rumah pun ada. Cantik jer tengok. Malam raya tu, akak omei tidur di rumah sendiri. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Akak omei mengemas ,menyimpan, menyusun apa yang patut. Bila dah kemas, akak omei menggosok baju raya pulak. Sekali gosok baju sampai raya ketiga nu... Heheheheh.... Di tempat akak omei, solat sunat aidilfitri dilakukan pada pukul 9 pagi. Jadinya masih sempat la untuk menunaikan zakat fitrah. Akak omei punya zakat fitrah, en suami yang uruskan. Termasuk anak-anak dan ibu bapanya.

Hendak dijadikan kisah, anak akak omei yang kecik tu tak mau bangun. Nak tidur lagi. Aduh!! Pening kepala ibu nak oiii.... Yang si kakak tidur dirumah toknya. Siap telefon pagi-pagi suh hantar baju raya. Haaa... Sudah!! Macam-macam ragam anak-anak. Mujur la en suami mahu menolong. Dihantarnya baju raya si kakak. Lega sikit hati akak omei. Boleh la teruskan sesi mengejutkan si kecik pulak.

Dekat pukul 10 pagi jugak la baru akak omei tiba di rumah ibu mertuaku. Mujur la ada kakak ipar, kalau tidak kesian jugak pada ibu mertua akak omei. Pagi raya tu ada hidangan nasi tomato, rendang ayam, ketupat, gulai daging serta kuih raya. Tahun ni ,tahun pertama kakak ipar akak omei buat kuih raya tau. Banyak pulak tu. Antaranya biskut sarang semut, tat nenas, almond london, suji, kacang dan macam-macam lagi la. Akak omei jer yang buat kat kedai. Hahahah

Lagi satu kisah akak omei nak kongsi dengan korang adalah percubaan melukis inai di tangan. Tak berapa nak menjadi sangat, namun boleh dibanggakan la. Heheehe...

Apabila hari raya, akak omei pakai baju lawa-lawa pun akhirnya kena basuh pinggan. Itu tugas rasmi dah tu.  Sedang dalam duk membasuh tu, en suami ajak balik kampung akak omei. So, akak omei pun siap apa yang patut la. Akak omei singgah sekejap jer kat rumah akak omei sebab mak dengan abah akak omei dah keluar beraya. Terlambat sikit jer... Tak pe, nanti datang balik ye.

Di rumah mertua memang riuh rendah lagi la. Ramai sanak-saudara jauh dekat datang beraya. Bermacam-macam karenah boleh dilihat.

Kisah yang sangat-sangat akak omei teruja dan terharu nak cerita adalah kisah akak omei dapat berjumpa semula dengan kawan baik masa study di ipoh perak dahulu. Dulu kami satu dorm tau masa sem satu. Akak omei tidur katil atas. Ala, katil double decker tu. Macam iklan keropok tu la. Sem enam pun macam tu jugak. Macam berjanji pulak!

12 tahun baru jumpa balik tau. Itupun sebab member baik akak omei ni buat open house. Sebelum ni berapa kali nak jumpa, tapi tak jumpa-jumpa. Ada jer halangan tau. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak bertemu. Seronok tau walaupun tak sempat nak sembang panjang. Namun layanan member baik akak omei sentiasa di hati. Kalau korang nak tahu, en suami kawan dengan abang member baik akak omei ni. Akak omei pulak kawan baik adik dia. Hahahah....

Member baik akak omei order laksam di alor mengkudu. Sedap tau. Puas hati la makan. Almaklum la dah lama tak makan laksam. Macam tahu-tahu pulak!
Sebelum balik, akak omei bergambar kenang-kenangan dengan member baik akak omei. Inn Syaa Allah dapat berjumpa kembali nanti.

Kisah yang menjadi kemuncak adalah kisah meminang sepupu en suami. Kali ni jauh tau kat kampung betong, sik, kedah. Jauh tau, siap kami tersesat lagi. Ada 7 biji kereta berkonvoi. Dengan jem pulak lagi, semua tu menambah perisa la. Hehehe....

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Balik tu kami singgah nak cari buah durian, tetapi mahal pulak. So tukar menu la. 

Kisah akak omei tahun 2017 ni adalah kisah yang paling best sekali. Banyak berjalan, dapat melihat keindahan dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Eh! Nanti korang kongsi la kisah korang tau. Akak omei pun nak tahu jugak.

Sampai disini dahulu kisah raya akak omei di tahun 2017. Nanti ada masa akak omei kongsikan lagi ye...

Assalamualaikum...

You Might Also Like

10 ulasan

  1. Hai sis. Terima kasih ye sudi jalan-jalan ke blog saya...

    BalasPadam
  2. Nampak meriah raya dia tahun ni. Raya sis tahun ni kat umah tgok tv je..tak jalan pun. Tak tahu knp tapi mmg malas sgt tahun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak tahu kenapa tahun ni punya raya asyik berjalan je. Kalau tak tu duk umah jugak la. Basuh pinggan.. Heheheh

      Padam
  3. Tema tahun ini royal blue .. open house pun xde buat sebab CCL keje tahun ini . Buat persiaapn ala kadar aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minat jugak dengan kaler CCL tu tapi lambat pi cari, dah habis. Heheheh... Saya pun cuti tak lama, cuti raya sahaja...

      Padam
  4. Tahun ni raya saya paling best sbb adik beradik ada. Biasanya asyik xcukup je sorang hehe

    BalasPadam
  5. Seronokkan apabila dapat berkumpul beramai-ramai. Tapi, tugas basuh pinggan tu saya jugak la. Heheheh

    BalasPadam
  6. Bestnya berhari raya heheheh ni jer lah masa nak berkumpul kan betul tak. SELAMAT HARI RAYA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau tidak, susah jugak nak jumpa depan-depan. Guna telepon je la bercakap. Sekali sekala dapat jugak merap ipar duai. Heheheh

      Padam