9 Jenis Barang Makeup Kegemaran Yang Sentiasa Ada Di Dalam Beg

Ogos 08, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Eh! Cantik la sekarang ni. Pakai barang make up apa? Dah pandai make up la. Kata-kata dari jiran tetangga. Seronok tak bila kena puji begitu? Kembang semangkuk la jawabnya. Padahal, akak omei ni bukan reti sangat nak make up tambahan pula tang kening tu, memang fail tau. Tapi! Kalau dah dicuba berhari-hari, lama-lama pandai jugak tau.

Haa... Korang mesti dah tau kan, apa yang kak omei nak kongsikan dengan korang ni... Tak dapat nak lari dari kecantikkan jugak. Heheheh.. Apa boleh buat, nama pun wanita kan?

Kalau tak cantik tu bukan wanita la kan. Tapi, sekarang pun ada jugak lelaki maskulin. Dulu waktu akak omei study di Ipoh, akak omei ada kawan yang suka cantikkan wajah dia tau. Dia bukan perempuan, lelaki tau. Siap guna pencuci muka dan sunblock tau. Kalah akak omei. Pantang tumbuh sebijik jerawat, riuh sekampung tau.. Aduiiii.... Tetiba pulak teringat member akak omei tu. Semoga sihat selalu la ye.


Eh, dah terlebih pulak. Akak omei ni kalau menulis memang la semua nak cerita. Haru sungguh. Berbalik kepada alat mekap yang akak omei gunakan, bukan la yang mahal sangat. Tapi berbaloi la kan... Akak omei pernah hadiri kelas make up sebanyak dua kali. So, kena praktikkan la baru dapat hasil dia kan.

Yang pertama sekali akak omei nak bagitau yang akak omei gunakan Okaya ni tau. Memang best la guna okaya ni. Rasa ringan je tau. Siap ada spf 30 lagi. Eh..Eh.. Ala-ala macam MUA Bellaz pulak. Maunya tak, duk tengok MUA ni make up je hari-hari. Hehehehe..... Akak omei tak make up hari-hari, ye la, kadang-kadang tu anak-anak buat drama swasta jugak la.

Dalam banyak-banyak foundation yang akak omei guna, akak omei suka lagi Okaya ni tau. Di dalam okaya ni terkandung lagi campuran minyak tea tree, Vitamin E dan minyak zaitun. Korang tak percaya, cuba lah try. Eh! Ayat apa tu? Hehehehe...

Yang paling best tentang okaya ni adalah, tidak memerlukan pemakaian bedak. Ye la, dap dap dap jer. Dah siap. Mudahkan. Lepas tu pulak, okaya ni mesra solat. Takde la jenuh menyental baru nak tanggal. Hehehehe..  Kalau akak omei nak cerita, memang banyak la. Cuba la sendiri nanti.



Video kat bawah tu mesti korang tau kan? Itulah Iflawless. Memang flawless tau. Akak omei suka sangat dengan Iflawless ni. Daripada minyak argan tau. Banyak manfaat dia. Kalau campur dengan foundation, memang nampak cantik sangat tau. Takde la nak crack bagai. Jerawat pun cepat kecut. Bibir pun lembap gitu.

Kalau korang semua nak tahu, iflawless ni terdiri daripada campuran minyak argan Morroco Pure Gred A, kepingan emas 24K untuk antipenuaan dan minyak aromaterapi seperti Jasmine dan Rosemary.

Korang tak percaya? Akak omei kongsikan satu video kat korang ye. Korang boleh tengok sendiri.



Korang dah tengok kan video tu??

Kali ni akak omei nak kongsi dengan korang lipstik akak omei. Akak omei suka lipstik dari Mary Kay, Sobella dan JSD. Sebab dia,tak mengeringkan mulut. Walaupun mate, tekstur dia tak nampak terlalu kering. Dah tu tahan lama. Tak lekat kat merata-rata cawan. Senang pulak nak tanggalkan. Hehehehe....

Akak omei memang suka lipstik tau. Lipstik lebih banyak daripada yang lain. Heheheh... Pantang nampak lipstik, laju ja tangan mengorder. Haru... Mujur en suami tak perasan akan hobi akak omei ni. Kikikiki...



Untuk pipi merah pulak, akak omei lebih suka guna nutrimetic punya. Tak nampak terang sangat. Tambahan kaler coral memang sangat sesuai dengan kulit akak omei ni. Almaklum la akak omei ni bukan kulit cerah, sederhana cerah ada la. Heheheh...

Untuk pipi merah ni, akak omei tak kisah sangat brand apa. Asalkan dapat kaler pipi pun dah ok dah.



Ni la alat yang akak omei gunakan untuk lukis kening. Eyebrow tu dari Mary Kay, concelar pun Mary Kay jugak. Best tau guna. Warna pun terang dan cantik. Eyebrow akak omei ambil warna coklat. Cantik tau. Ni kira dah pandai sikit la lukis ni.

Akak omei punya kening tebal tau. So, kalau nak cukur kan tak boleh, nak cabut plak tak tahan sakit. Huhuhu... Rupanya ada cara nak lukis kening kita tu. Lepas peegi kelas make up baru tahu. Isk..Isk..Isk.. Banyak lagi yang akak omei perlu pelajari.

Rupanya hanya letak concelar je kat bulu kening yang kita tak mau tu. Tak sakit kan! Bila dah tahu tu, kerap sikit la melukis. Lama-lama dah boleh buat kurang dalam masa setengah jam. Heheheh... Tak berapa kemas sangat, tapi boleh la dari tak kemas langsung kan..

Untuk shading akak omei tak cekap lagi. Eye liner pun jarang guna. Bila terasa nak guna,baru akak omei guna. Kalau nak cepat, memang tak guna la. Habis comot mata akak tau...



Lagi satu yang akak omei nak kongsikan dengan korang adalah makeup remover. Akak omei ni tak suka sangat guna makeup remover dalam bentuk tiub atau botol. Akak omei suka yang dalam bentuk tisu tu. Mudah nak kilik rata. Tapi kan!

Bukan semua sesuai dengan kulit muka akak omei. Suka mengelupas di bahagian pipi. Tak cantik la kalau nak makeup nanti. Huhhuhhhhu...

Tapi bila guna makeup remover dari shaklee, best pulak. Kulit muka tak kering tau. Lebih lembut lagi ada la. Makeup remover dari shaklee ni adalah campuran dari tunas pokok Bic dan Aloe vera. Rumusan pun ringan tau. Tak perlu nak menyental sangat. Makeup pun cepat tanggal.

Buat masa sekarang ni, 11 hb ni nak masuk setahun dah penggunaan makeup remover akak tau. Tak habis lagi. Jimat dan berbaloi-baloi.



Begitulah serba sedikit akak omei berkongsi cerita mengenai alat solek kegemaran akak. Korang mesti ada yang lebih lagi kan? Kalau korang rajin, korang kongsikan la cerita makeup kegemaran korang. Mana tahu dapat membantu mereka yang lain.

Oklah, cukup setakat ini dahulu tulisan akak. Ada masa akak kongsikan lagi ye. Assalamualaikum..

You Might Also Like

22 ulasan

  1. Paling suka lipstik JSD tapi sekarang susah nak dapat stok dekat kedai jamu..

    NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun order kat member je. Siap beli spare lagi. Heheheh... Anak-anak pun suka pakai jugak lipstik jsd ni. Jenuh duk sorok.

      Padam
  2. Perempuan dan makeup memang tak dapat dipisahkan. Dalam handbag akan ada barang-barang makeup ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Time tengahari mesti nak touch up kan..

      Padam
  3. Wanita dan kecantikan xdapat dipisahkan, kalau saya pula dalam handbag kena ada lips matte shizens (2 warna), lips tattoo shizens (jadikan blusher), eyebrow tarte, vevious, okaya, barang2 ni je wajib bawa kemana. Tak bawa rasa serba serbi tak kena ehehe

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira barang wajib la sis kan? Tak bawa rasa macam kosong plak beg tu. Hehehe

      Padam
  4. Macam yaya atleast ada bedak dgn lipstik pastu make up remover kalau singgah solat. Kalau tertinggal 3 benda ni adududu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bedak dengan lisptik tu benda wajib tu. Tak boleh tinggal. Rasa pelik pulak jika tak bawa. Kan...

      Padam
  5. wow.. wajib bawa ya.. hehehe
    memang kena ada semua tu. ada pilihan bila nak guna terutama gincu

    saya pula paling wajib bawa hanya 4 jenis jer termasuk pelembap muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pelembap tak perlu sangat. Hehehehe... Sebab ada yang sesuai ada yang tak. So, tak pakai la.. Hehehhe

      Padam
  6. Kalau boleh semua alat makeup nak sumbat haa dalam handbag ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut tu memang nak sumbat semua pun. Tapi tu la, kena bawa beg besar la. Hehehe

      Padam
  7. Wowwwww... kenkadang selongkar jug beg make up puan isteri, macam-macam ado

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheheh... Tu baru sikit tu... Ada lagi yang tak sempat nak amik gambar

      Padam
  8. Paling wajib dalam beg saya adalah ubatan dan juga powerbank hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha.... Ok la tu, pencuci muka takde ke?

      Padam
  9. Sis yg wajib lipstik gan bedak je, yg lain mmg malas nk bwk sb selalu tak guna pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu memang wajib la sis. Boleh nak touch up bagai. Heheheh

      Padam
  10. Wahhhh! ;)

    Syioknya tengok mereka yang pandai nak mekap bagai.
    Sebab kita tak reti! Cer one day Su buat video sikit cemana nak mekap.

    Mesti best! Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde la pandai sangat. Sikit-sikit tu boleh la. Tang kening tu memerlukan masa lagi. Tangan ketar nak buat video. Hahahahha... Tak seperti cik lisa. Suka tengok cik lisa live.

      Padam