Inginkan Wajah Yang Sempurna, Kulit Bercahaya Semulajadi? Cuba ini

Ogos 23, 2017



Di dalam kehidupan harian kita, kita selalu terdedah kepada kehidupan yang stres, pemakanan yang tidak sihat serta tidur yang tidak mencukupi termasuk juga pencemaran dan radiasi yang selalu terdedah memungkinkan untuk kita sukar mendapatkan kulit wajah yang bercahaya.

Jika dapat pun, kita mungkin memerlukan produk penjagaan yang mahal yang mana kita perlu menggunakannya setiap hari jika kita nak kulit wajah sentiasa bercahaya. Seperti terpaksa pulak kan?

Namun, mujur jugak la ada resepi yang menggunakan bahan-bahan didapur sahaja dan murah serta jimat dan mengurangkan stres kita untuk mendapatkan kulit wajah yang bercahaya.

Jom kita lihat bahan-bahannya..

Sebelum tu, layan dulu video ni tau...




#1    Minyak Kelapa

Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada minyak kelapa ni kan? Orang-orang dulu menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri. Mereka gunakan untuk menyuburkan dan melebatkan rambut. Namun, bukan untuk rambut sahaja tau.

Minyak kelapa ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kukit wajah yang kering dan kusam.Ini kerana minyak memerangkap kelembapan yang berada di dalam kulit dan juga mempunyai agen untuk menyuburkan kulit.

Sebatian phenalic yang terdapat di dalam minyak kelapa turut menyumbang kepada aktiviti antioksidan dan memberikan kulit wajah yang bercahaya.

Panaskan minyak kelapa dengan cara yang lembut dan sapukan minyak kelapa kepada kulit secara lembut. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.



#2     Lemon dan Gula

Sementara itu, lemon pula mencuci, melunturkan dan mengurangkan wajah tan manakala gula membantu membuang sel-sel kulit mati.

Campurkan dua sudu kecil minyak kelapa dan dua sudu kecil gula. Sapu si kulit muka dan basuh dengan air suam selepas 10 minit.



#3     Timun dan Yogurt

Resepi ini menambah semula dan memperbaharui kulit kusam dengan antioksidant yang terdapat di dalamnya. Ianya juga menambah baik kulit wajah dan mengurangkan kebengkakan.

Campurkan dua ke tiga sudu besar yogurt dengan timun yang telah dilenyek. Sapukan dimuka dan biarkan ianya mengering. Kemudian, basuh muka dengan air sejuk.



#4    Aloe Vera

Aloe vera berkhasiat dan bersifat penyembuhan dengan memperbaharui kulit wajah agar bercahaya secara semulajadi.

Campurkan satu sudu besar aloe vera gel, satu sudu besar madu dan satu sudu kecil susu di dalam mangkuk. Sapukan di wajah, dan dibiarkan lebih kurang 20 minit. Kemudian dibasuh dengan air suam.



#5      Madu

Madu memang sangat terkenal. Bukan untuk makan je tau, untuk kulit pun boleh. Madu juga mengandungi antimikrob dan hygroscopic yang membersihkan dan membuatkan wajah semakin lembut. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang akan membuatkan kulit wajah bercahaya dan mengurangkan noda hitam.

Sapukan madu di kulit muka dan basuh dengan air suam selepas 10 minit.



Sampai di sini dahulu penulisan akak omei. Ada masa nanti akak update kan lagi ye.

Jika cuba, jangan lupa share dengan akak omei tau. Mana tau, sempat untuk raya haji nanti kan? Hehehehe

Assalamualaikum..

You Might Also Like

33 ulasan

  1. wah! sha memang suka guna bahan semulajadi sebab selamat. tq share, nanti nak try <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cuba, akak dah cuba. Memang best la. Ditambah pulak dengan semulajdi kan

      Padam
  2. Simple and cheapest way. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  3. Menjimatkan dn mmg terbukti bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis. Banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada dapur atau belakang rumah.

      Padam
  4. bahan2 nya so yummylicious, tak sampai hati nak sapu kat muka, masuk ke perot aja lah hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil sapu, sambil masuk mulut. Macam iklan conflakes tu. Heheheh...

      Padam
  5. Bagus lah tips ni mama sihat dan jimat nanti kita cuba kalau nanti muka cantik jangan salah kita ok ehhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehehe.... Cantik dan sihat seiringan.

      Padam
  6. Balasan
    1. Betul tu sis. Tak perlu nak pergi cari jauh-jauh dah. Heheheh

      Padam
  7. aloevera paling best.. sejuk je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dulu suka amik daun aloe vera letak kat atas kepala bila sakit kepala. Rasa sejuk je dan nyaman. Lega rasa hati sebab kurang sakit kepala.

      Padam
  8. wahhhh petua ni dr zmn berzmn. sbnrnya bagus petua² ni kalau kita follow sbb dr bhn semulajadi kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis. Petua turun temurun.

      Padam
  9. simple tapi memberi manfaat kan? Tak mahal pun. Cuma nak masa penyediaan je kan. Hehehe. Kena rajin utk cantik. Jap lagi ruby cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. Tapi bila dah cuba seronok pulak. Sekali sekala comotkan muka. Hehehe

      Padam
  10. I like to try home remedy as well. But sometimes, so malas. Usually end up buying stuff from the store. LOL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe.... Saya pun sama jugak. Time rajin je buat pun

      Padam
  11. paling puas hati guna bahan semulajadi macam ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Yang paling best bila dapat kesan yang WOW, terlampau exsited la

      Padam
  12. Untuk scrub muka SA sekarang amalkan sapu madu yg dh di campur lemon..biarkan kering dimuka dan bilas..buat 3 kali seminggu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut la kulit wajah SA cantik. Baru nak tanya, so sekarang nak buat la. Terima kasih tau SA sebab sudi kongsi.

      Padam
  13. Cukup la kulit wajah kita macam nie.. risau nanti nampak ayu, ramai pulak laki yang berkenan... xsanggupppppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehehe.... Bukan untuk cantik je, nak bagi kulit sihat jugak. Kurang la miss jerawat dan jeragat.

      Padam
  14. Bermanfaat tipsnya. kat rumah memang selalu ada stock madu. tapi yang aloe vera tu siyesly susah nak dapat. tak tahu nak cari mana. takut nak beli sbb tgk macam2 khabar angin tak bagus tentang produk malaysia yg dekat pasaran ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la sis. Madu tu memang ada je di rumah. Sebab kadang-kadang tu guna madu untuk buat masakan. Aloe vera memang susah nak dapat. Bukan semua rumah ada.

      Padam
  15. suka yang honey tu!
    minum & sapu pun best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis. Sambil minum, sambil sapu. Cantik luar dalam. Heheheh...

      Padam
  16. Gabungan tradisional
    dan moden mmg baik utk kulit kita..,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju sis. Gabungan mereka memang mantap. Terbaikk

      Padam
  17. bahan2 semula jadi mmg bagus sbb takde kesan sampingan

    BalasPadam