Penanggal Solekan Semulajadi Yang Menjaga Kulit Wajah Dengan Lembut.

September 20, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera akak Omei ucapkan kepada korang semua. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis. Walaupun terdapat cabaran yang hampir-hampir melumpuhkan jari-jemari akak untuk menulis, namun akak kuatkan jugak hati agar akak dapat berkongsi info dengan korang semua.

Agak lama jugak akak Omei tak menulis. Kekok sedikit menggunakan keyboard ni. Walaupun di atas telefon sahaja. Hehehe...

Akak tak nak membebel panjang-panjang, so akak teruskan kepada info yang ingin dikongsikan dengan korang. Korang mesti ada penanggal solekan kan? Atau nama lain dia Makeup Remover. Sudah pasti la sesuatu yang wajib dalam penjagaan kulit wajah harian kan!

Dah dapatkan apa yang ingin akak Omei kongsikan? Jadinya, akak Omei nak kongsikan mengenai Penanggal Solekan semulajadi yang mana menjaga kulit wajah kita dengan penuh kelembutan. Ceewahh!

Sebelum kita membicarakan mengenai Penanggal Solekan Semulajadi, sudilah kiranya korang menonton video yang akak Omei nak kongsikan ni yer.

Penanggal Solekan Semulajadi



Dah abis tengok video tu? Jadi korang dah faham la sedikit info kan! Suatu ketika dahulu, akak Omei tak tahu pun apa itu Penanggal solekan. Tengok pun tak pernah. Yang akak tahu, pencuci muka sahaja la. Time dulu-dulu pencuci muka jenama eversoft la yang popular. Hehehe...

Tapi, bila muka dah mula berjerawat, akak bertukar kepada Oxy. Main suka hati je tukar-tukar. Tak fikir panjang masa tu. Almaklum la waktu remaja.

Bila dah masuk alam study, barulah tahu apa itu penanggal solekan. Tapi akak tak guna pun. Sebab masa tu, pendedahan kepada penanggal solekan ni tak begitu meluas. Hanya ingatkan untuk mereka yang suka solekan sahaja la.



Tapi, selepas akak Omei membaca satu artikel ni, barulah akak dapat tahu bahawa walaupun tidak menggunakan solekan, kita perlukan jugak penanggal solekan.

Almaklum la persekitaran sekarang bukan macam dahulu. Sekarang ni banyak kenderaan bermotor. Cuaca pun tak macam dahulu. Dalam musim panas pun tetiba boleh ada hujan yang banyak. 



Korang nak tahu tak kenapa kita kena pakai penanggal solekan walaupun kita tak bersolek? Ini adalah antara jawapan dia iaitu:


1- Kulit wajah kita sering terdedah dengan segala jenis kotoran seperti habuk, asap kenderaan, asap kilang dan sebagainya.


2- Keadaan cuaca yang panas dan lembap di negara kita membuatkan kulit wajah kita sentiasa berminyak dan sukar dibersihkan hanya dengan menggunakan pencuci muka sahaja.


3- Whitehead dan Blackhead juga rajin berada di sekitar kulit wajah dan tidak boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan pencuci muka sahaja.



Akak omei gunakan penanggal solekan daripada Nutriwhite. Rumusan dia ringan tau ditambah pula dengan aroma yang menyegarkan. Tambahan pula mengandungi ramuan semulajadi iaitu Tunas pokok Bic dan Aloe Vera.

Pokok Bic adalah sejenis pokok yang berkulit licin dan mempunyai daun yang berkilat. Ianya berwarna kelabu dan terdapat di Eropah. Jauh tu!

Ramuan tunas pokok bic ni bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit wajah. Ianya juga membantu meringankan dan meningkatkan proses semulajadi serta melegakan kulit wajah kita.




Aloe Vera atau nama lain dia pokok lidah buaya pula merupakan tumbuhan yang mempunyai dahan/daun yang mana banyak mengandungi air di dalamnya. Aloe vera juga kaya dengan vitamin A, B, C dan E yang mana masing-masing mempunyai fungsi yang sangat baik untuk menghaluskan dan mencantikkan kulit wajah.

Aloe vera menyegarkan kulit wajah dan menegangkannya.




Jadinya, Penanggal solekan Nutriwhite ni bukan sekadar untuk tanggalkan solekan sahaja, tetapi juga untuk tanggalkan daki, sisa kotoran, sel kulit mati, blackhead dan whitehead. Memang berbaloi kan!



Korang nak tahu apa kebaikan penanggal solekan ni? Antaranya adalah:

1- Untuk membersihkan pori-pori kulit dari segala jenis kotoran.

2- Untuk membuang sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

3- Untuk menghilangkan atau mengurangkan blackhead dan whitehead jika rajin dan konsistan membersihkan dengan menggunakan penanggal solekan.

4-. Ianya juga mampu menghindari kulit daripada masalah jerawat dan jeragat.



Banyak jugak ye, akak Omei kongsikan dengan korang tentang penanggal solekan Nutriwhite ni. Namun jika korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh la

Whatapps  : 016-5003075

FB               : Suliana Yusof

FB PAGE    : Sulianayusof 0165003075

IG                :Sulianayusof



Sebelum akak melabuhkan tirai kepada jari-jemari akak, suka sangat akak kongsikan beberapa testimoni penanggal solekan Nutriwhite ni.










Sebelum tu, akak omei nak bagitau dahulu bahawa produk Nutriwhite ni tiada di dalam pasaran kerana akan muncul jenama baru. Harap-harap tu cepat la ye. Kandungan dia lagi best tau...

Sampai disini dahulu jari-jemari akak menulis. Inn Syaa Allah, akak Omei kongsikan lagi info-info kecantikan dan kesihatan dengan korang nanti ye.

Assalamualaikum....

You Might Also Like

22 ulasan

  1. Dulu rajin guna mekap remover..la ni kalau ingat baru guna semula..eh x leh jadi ni..kena gak pakai semula ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dulu pun sama la, tak mekap so tak perlu la. Rupanya memang kilang minyak muka akak... Heheheh

      Padam
  2. Dulu masa kecil-kecil kita selalu gunakan alovera tu untuk basuh rambut dan cuci muka kat kampung banyak tanam hehehehe tapi sekarang dah mudah banyak produk adakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tapi sekarang tak banyak dah ditanam. Tahun lepas nangis cari aloe vera sebab takde. Terpaksa cari gel aloe vera. Mujur la ada jual.

      Padam
  3. pernah dengar pasal nutriwhite hehe sha guna garnier je remove makeup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, yang penting ada. Sekarang macam perlu walaupun tak bersolek. Hehehe

      Padam
  4. yeah need to take care of our skin.
    Good to see this product, shall check it out.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, pollution everywhere. Huhuhuhu... Nak elak penuaan terlampau awal. Ni pun dah nampak garis halus kat bawah mata.

      Padam
  5. Make up remover bukan hanya untuk orang yang mekap je.sekarang pollution sgt membimbang kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Yang mekap tu sementelah la kan. Yang tak mekap pun perlu guna jugak penanggal mekap tu. Cuma tak sekerap yang guna mekap la.

      Padam
  6. makeup remover mmg penting especially untuk jaga kulit muka. semuanya bermula dgn 1st step iaitu cuci mekap tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Penat or letih macam mana pun, mekap perlu ditanggalkan. Miss Jerawat dan Jeragat pun takde la bertenggek penuh muka seperti cendawan selepas hujan.

      Padam
  7. First time dengar pasal benda ni . sis tak pakai makeup sangat , but worth to try .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, tak mekap pun kena guna jugak sis. Dulu saya sama mcm sis, tak mekap so tak perlu penanggal solekan. Hahahah... Salah sendiri tak kaji dulu...

      Padam
  8. Yes...penanggal make up sgt2 penting dalam rutin pnjagaan muka but as usual we often neglect itπŸ˜…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis. Tapi sekarang tak lagi dah. Asal mekap je, penanggal solekan ada sebelah. Tak mekap pun dia ada sebelah jugak. Hehehhe

      Padam
  9. brand nampak menarik haha, thanks for the info!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome sis. Perkara manfaat harus dikongsi bersama.

      Padam
  10. baru tau kepentingan mekap remover ni sebenarnya.. kita biasa basuh dgn sabun muka ye..hehehe..thanks for the sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome sis. Takpe sis, saya dulu pun macam sis jugak. Harapkan pencuci jer. Hehehhe

      Padam
  11. wah !! best kan nutriwhite.. hee~ bila la dapat nak blei satu set ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah takde dah, tunggu yang terbaru masuk pulak. Tak sabar ni...

      Padam