Tips Kurangkan Jeragat Agar Dapat Jimatkan Penggunaan Pondesen

Oktober 10, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru kini jari-jemari akak laju menaip segala info yang akak nak ketengahkan. Haa... mesti tertunggu-tunggu kan? Kali ini akak nak kongsikan dengan korang tips untuk kurangkan jeragat. Bolehlah jimat sikit penggunaan pondesen korang tu.

Apa tu jeragat? Kenapa boleh jadinya jeragat? Banyak benor soalan tu. Takpe, meh sini akak nak citer.

Kalau korang nak tahu, jeragat ni bukan sekadar berada di pipi sahaja tau. Boleh jadi jugak ianya berada di bahagian hidung, dagu dan dahi. Jeragat ni selalunya berwarna gelap sedikit dari warna asal kulit. Ianya menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata. Jeragat ni disebabkan oleh pembentukkan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka.

Dah faham kan!




Kita ni selalu jer terdedah kepada sinaran matahari, mengalami masalah hormon yang tidak seimbang, kurang tidur, mudah gelisah, kurang minum air secukupnya dan pelbagai lagi masalah. Kalau korang nak tahu, itu merupakan tanda-tanda akan kemunculan jeragat di wajah kita.

Namun, jangan bimbang tau. Ada beberapa tips yang akan akak kongsikan disini buat tatapan korang semua.



Antara tips yang akak kongsikan adalah :


1- Jaga Pemakanan

Ini of course la kena jaga kot. Jangan main bedal je makan semua makanan yang ada. Kena pandai pilih sikit. Nak kurangkan jeragat, kita perlu kurangkan makanan yang pedas, makanan berminyak dan makanan yang tinggi kalorinya.


2- Jauhi dari sinaran matahari.

Ini adalah punca timbulnya jeragat di wajah. Kalau dah kena berada di luar bangunan atau rumah, pastikan korang mengenakan pelindung sinaran matahari. Cari jenis yang kurang berminyak untuk kulit wajah yang berminyak tau. Selalunya masa yang perlu kita elakkan untuk berada di luar adalah dari pukul 10.00 pagi sehingga ke pukul 3.00 petang.


3- Kurangkan mengurut wajah.

Ada sesetengah tu main tonyoh jer muka dia. Padahal, tak perlu la menyental sangat. Kulit muka bukannya keras pun kan! Apabila kerap mengurut wajah, akan membuatkan kulit wajah teriritasi. Sebelum akak terlupa, jenis pencuci muka pun main peranan jugak tau. Jadi, pilihlah pencuci muka yang jenis kurang buih.


4- Lidah Buaya (Aloe Vera)

Ini adalah antara petua orang-orang lama. Tapi, akak pun suka jugak buat tempek kat muka. Heheheh....
Mudah jer cara dia. Korang cari la pokok lidah buaya tu. Korang potong beberapa kerat atau bahagian. Lepas tu korang kupas kulit dia. Lepas tu apa lagi, ambil lendir dia buh la kat muka. Memang best tau. Korang cuba la nanti.


Itu adalah beberapa sahaja yang akak kongsikan. Sekarang ni kan dah mudah. Ada yang tolong mudahkan kita. Yang penting kena konsistan. Itu sahaja. Lagi satu sebelum terlupa, minum banyak air kosong tau.


Tadi akak ada bagitau bahawa sekarang ni dah mudah kan? Nak tahu apa yang mudah tu?

Jeng... Jeng... Jeng....

Sudah pastilah set The 4 Radiant ni. Nak tahu kenapa mudah? Sebab hanya perlu bancuh dan minum serta telan sahaja. Haaa.. Nak tahu kan!



Seperti yang akak telah war-warkan mengenai The Radiant 4 tu, ianya adalah merupakan nutrient penting untuk kulit cantik dan berseri dari dalam. Selain itu juga, membantu mengurangkan jeragat agar kulit wajah kelihatan bersih, cantik dan licin serta mulus.



SR VITA C PLUS


Seperti yang telah sedia maklum, vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang mana ianya menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Walaupun begitu, badan kita tidak berupaya menghasilkan vitamin C. Sebab itulah kita perlu mengambil vitamin C dari sumber luar. Pengambilan vitamin C membantu untuk :

1- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.

2- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit

3- Membantu dalam penyembuhan luka

4- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas yang sentiasa berada disekeliling.



GLA COMPLEX

Korang nak tahu tak, kulit yang sihat juga bergantung kepada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini juga berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga :


1- Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.

2- Mengekalkan kelembapan kulit.

3- Melawan keradangan.



ESP


Protein sangat diperlukan dalam pembinaan kulit wajah yang sihat. Ini adalah kerana :


1- Protein menggalakkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.

2- Isoflavon, iaitu sebatian semulajadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.

3- Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.



COLAGEN POWDER


Kalau nak tahu lagi, kolagen ni bertindak sebagai pelekat tau di tubuh badan kita dan selalu ditemui dengan banyaknya di bahagian kulit. Penghasilan kolagen secara semulajadi akan berkurangan secara berperingkat-peringkat apabila usia semakin meningkat.

Sebab itulah terjadinya garis-garis halus, kulit kendur dan pembentukan kedutan. Keanjalan boleh ditingkatkan dengan kolagen supaya


1- Kulit lebih tegang, anjal dan lembut

2- Meningkatkan kelembapan kulit

3- Mengurangkan kedutan dan garis halus

4- Mengurangkan pori-pori yang kelihatan

5- Menggalakkan kulit yang lebih cerah dan licin.


Akak sertakan beberapa testimoni untuk tatapan korang semua.







Jika korang inginkan maklumat lanjut, jangan malu jangan segan risik-risik la ye. Akak akan cuba membantu.

Tetapi jika korang ingin membeli sendiri, korang klik jer butang kat bawah ni tau. Mudah jer. Klik-klik siap. Hehehe....



Sampai disini dahulu jari-jemari akak menulis. Ada masa akak menulis lagi ye. Assalamualaikum semua.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Jerawat dan jeragat .. jeragat yang paling takut sebabnya sekali dia betepek kat kukit wajah memanh sukar nak hilang . Tak macam jerawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cik Cappuccino latte. Sebab tu kena jaga dari awal. Jerawat boleh la tahan lagi, mau jeragat ka, mmg lambat nak kurang. Jenuh tempek pondesen pulak.

      Padam